Featured Article

Thursday, August 16, 2012

Lelaki memakai gelang, haramkah ?


Bagi pemakaian gelang tangan terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa'di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: "Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat."

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )


Hasil dari pemerhatian, pemakaian gelang di kalangan pelajar  PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan  untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Wednesday, August 15, 2012

Allah mahu kita menjadi yang terbaik


Dr Asri - Menuju Jalan Allah


Saturday, August 4, 2012

Nazar dan hukum

FIQH MANHAJ AL-SHAFI'I :

Jenis nazar dan hukumnya
1. Nazar perbantahan, iaitu membuat nazar yang didorong oleh perasaan marah ketika berlaku pertengkaran.

Contohnya, seorang yang berkata semasa pertengkaran, "Jika aku bercakap dengan seseorang wajiblah aku berpuasa kerana Allah selama sebulan"

 Sehubungan itu, apabila bercakap dengan seseorang wajiblah dia melaksanakan iltizamnya atau membayar denda bersumpah. Ini adalah kerana ia seolah-olah menyerupai nazar dari segi membuat iltizam dan menyerupai sumpah sebagai cara mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan.

Hal ini berdasarkan hadith


Yang bermaksud, daripada "Uqbah b 'Amir r.a daripada Rasulullah SAW sabdanya, "Denda nazar ialah denda bersumpah." (17)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah Ta'ala, jumhur 'ulama menyatakan bahawa maksud hadith tersebut ditujukan kepada nazar perbantahan

2. Nazar pembalasan, iaitu bernazar akan melakukan sesuatu amal kebajikan sekiranya tujuan yang dihajatinya tercapai

Contohnya, seorang berkata, "Sekiranya Allah menyembuhkan pesakitku wajiblah aku bersedekah seekor kambing kerana Allah"

Justeru juga apabila pesakitnya sembuh dia wajib melaksanakan iltizamnya dan tiada sesuatu yang lain boleh menggantikannya.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT


Yang bermaksud, "Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji;"
(17) Riwayat Muslim ( 1645 )

Begitu juga hadith,


Yang bermaksud, daripada "Aisyah r.a, sabda Nabi SAW, "Sesiapa yang bernazar menta'ati Allah maka hendaklah menta'ati-Nya. (18)

3. Nazar semata-mata , iaitu bernazar akan melakukan 'amal kebajikan tanpa dikaitkan dengan sebarang sebab, sama ada hajatnya tercapai atau disebabkan kemarahan.

Contohnya, seorang berkata, "Wajiblah atasku berpuasa pada hari Khamis kerana Allah".

Justeru dengan nazar tersebut dia wajib melaksanakan iltizamnya tanpa sebarang syarat berdasarkan dalil yang terdahulu, iaitu sesiapa bernazar menta'ati Allah maka hendaklah menta'atinya.

Bagaimanapun dia boleh menangguhkannya hingga masa yang dia sanggup melakukannya tetapi tidak boleh menggantikannya dengan kaffarah sumpah. Ini adalah kerana pengertian sumpah tidak terdapat dalam nazar tersebut.

Kedua-dua jenis nazar iaitu yang kedua dan ketiga dinamakan nazar kebajikan. Ini adalah kerana kerana orang yang bernazar dituntut menunaikannya sebagai 'ibadat mendampingi Allah Ta'ala.

Popular Posts

Syamim. Powered by Blogger.