Featured Article

Friday, October 26, 2012

"Lemaknya itulah yang memadamkan api." - Khabab al-Aratt



Hazrat Khabbab r.a ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan ALLAH S.W.T. Beliau telah memeluk islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama islam. Oleh sebab itu beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau di pakaikan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan diatas panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau ialah hamba kepada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa dengan Nabi S.A.W maka sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Hazrat Khabbab r.a.

Setelah beberapa lama berlalu, iaitu semasa zaman pemerintaha Hazrat Umar r.a beliau telah ditanya oleh Hazrat Umar r.a secara terperinci tentang segala penderitaan yang telah di alaminya. Beliau berkata, " Lihatlah belakang saya." Setelah melihat belakang beliau, Hazrat Umar r.a berkata, " Saya tidak pernah melihat belakang yang sebegini."

Kemudiaan Hazrat Khabbab r.a berkata, " Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang saya memadamkan bara api tersebut."

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut, beliau masih tetap menangis apabila islam telah maju dan pintu kemenangan telah terbuka. Beliau berkata, " Saya berlindung dengan ALLAH S.W.T daripada Dia mengganjarkan segala penderitaan kita yang lalu didunia ini lagi."

Hazrat Khabbab r.a meriwayatkan, " Pada suatu ketika, Nabi S.A.W telah mendirikan satu solah yang panjang, tidak seperti biasa. Para sahabat r.a telah bertanya tentang solat itu. Rasulullah S.A.W menjawab, " Itulah solah harapan dan ketakutan. Dalam solah tadi saya telah membuat tiga permohonan kepada ALLAH S.W.T. Dua daripada permohonan itu telah diterima dan satu lagi telah ditolak. Saya telah memohon supaya seluruh umat saya tidak binasa kebuluran, permintaan itu telah dikabulkan. Kedua saya telah memohon supaya seluruh umat saya tidak dikuasai oleh musuh yang akan memusnahkan mereka semua sekali, permohonan ini juga telah dikabulkan. Ketiga saya telah berdoa supaya mereka tidak bergaduh sesama sendiri, permohonan ini tidak diterima."

Hazrat Khabbab r.a telah meninggal dunia pada tahun 37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia, Hazrat Ali r.a telah lalu di sisi kuburnya sambil berkata, " Semoga ALLAH S.W.T mencurahkan kerahimanNYA ke atas Hazrat Khabbab r.a. Beliau telah memeluk islam dengan kerelaan sendiri, telah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menanggung segala penderitaan dengan tabah. Semoga ALLAH S.W.T memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi penghisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah memggembirakan Tuhannya." (Asadul-Ghabah)

10 Seksaan bagi Wanita



Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, Apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"

Rasulullah bersabda: "Ketika aku di isra' kan, aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita, antaranya:.

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari  punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang
   menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti   keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.


Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata  
"wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita wanita tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda
 "wahai anakku Fatimah, adapun :

  • ·Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.
  • Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.     
Dari Utsman r.a. berkata, "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya."

  • Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.
  • Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.
  • Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.
  • Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.
  • Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, berpuasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.
  • Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.
  • Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya


 Dari Hadis Nabi S.A.W

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
"Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang di sinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
 "Apabila seseorang perempuan itu keluaar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda:  
"Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".

Wallahualam

Popular Posts

Syamim. Powered by Blogger.