Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat
perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba.
Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai
hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan
orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan
zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah
ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap
muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,
tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap
ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan
rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang
lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada
hamba-hambamu…
KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH
No comments:
Post a Comment