Wednesday, March 17, 2010

Doa Seorang Hamba


ya Allah, Maha Baiknya Engkau,
Diwaktu aku kesunyian Engkaulah yang menghiburkan aku,
Diwaktu aku sakit,engkaulah yang menyembuhkan aku,yang menjaga,memberi makan dan minum,
Diwaktu aku sedih engkaulah yang menggembirakan aku,
Diwaktu aku susah Engkaulah yang memberi pertolongan pada ku...

oh Tuhanku~!
Engkau tidak pernah terlepas dariku,
Diwaktu aku buntu,engkaulah yang melepaskan aku dari kebuntuan itu,
Dalam pengertian setiap yang menimpaku Engkaulah yang selalu menolongku,
Sesungguhnya tiada yang dapat kukirakan untuk Mu,kerana Engkaulah Maha Segala-galanya,tiada tandinganNya,kebijaksanaanMu tiada terbatas,menerima apa sahaja kesalahan hambamu ini,pemaaf yang tiada tolok bandingnya,walau hambaMu ini sering berlaku silap.

Wahai Tuhanku,
Penghibur hati ku,
Penawar segala 1000macam penyakit,
Engkaulah Kekasih Agungku,
Cinta Agungku,
Engkau tidak pernah melupakan ku,walau aku sering melupakan Mu,
Wahai Kekasih ku,
Wahai Tuhanku,
Maafkanlah diriku yang serba kekurangan ini,
Jika aku lemah Kau berilah kekuatan pada aku ini,
Jika aku lupa kau ingatkanlah aku,hiburkan hatiku di mana sahaja aku berada,
Wahai Zat Yang Maha Gagah,
Aku menagih cinta dari Mu...

No comments:

Post a Comment