Saturday, August 4, 2012

Nazar dan hukum

FIQH MANHAJ AL-SHAFI'I :

Jenis nazar dan hukumnya
1. Nazar perbantahan, iaitu membuat nazar yang didorong oleh perasaan marah ketika berlaku pertengkaran.

Contohnya, seorang yang berkata semasa pertengkaran, "Jika aku bercakap dengan seseorang wajiblah aku berpuasa kerana Allah selama sebulan"

 Sehubungan itu, apabila bercakap dengan seseorang wajiblah dia melaksanakan iltizamnya atau membayar denda bersumpah. Ini adalah kerana ia seolah-olah menyerupai nazar dari segi membuat iltizam dan menyerupai sumpah sebagai cara mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan.

Hal ini berdasarkan hadith


Yang bermaksud, daripada "Uqbah b 'Amir r.a daripada Rasulullah SAW sabdanya, "Denda nazar ialah denda bersumpah." (17)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah Ta'ala, jumhur 'ulama menyatakan bahawa maksud hadith tersebut ditujukan kepada nazar perbantahan

2. Nazar pembalasan, iaitu bernazar akan melakukan sesuatu amal kebajikan sekiranya tujuan yang dihajatinya tercapai

Contohnya, seorang berkata, "Sekiranya Allah menyembuhkan pesakitku wajiblah aku bersedekah seekor kambing kerana Allah"

Justeru juga apabila pesakitnya sembuh dia wajib melaksanakan iltizamnya dan tiada sesuatu yang lain boleh menggantikannya.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT


Yang bermaksud, "Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji;"
(17) Riwayat Muslim ( 1645 )

Begitu juga hadith,


Yang bermaksud, daripada "Aisyah r.a, sabda Nabi SAW, "Sesiapa yang bernazar menta'ati Allah maka hendaklah menta'ati-Nya. (18)

3. Nazar semata-mata , iaitu bernazar akan melakukan 'amal kebajikan tanpa dikaitkan dengan sebarang sebab, sama ada hajatnya tercapai atau disebabkan kemarahan.

Contohnya, seorang berkata, "Wajiblah atasku berpuasa pada hari Khamis kerana Allah".

Justeru dengan nazar tersebut dia wajib melaksanakan iltizamnya tanpa sebarang syarat berdasarkan dalil yang terdahulu, iaitu sesiapa bernazar menta'ati Allah maka hendaklah menta'atinya.

Bagaimanapun dia boleh menangguhkannya hingga masa yang dia sanggup melakukannya tetapi tidak boleh menggantikannya dengan kaffarah sumpah. Ini adalah kerana pengertian sumpah tidak terdapat dalam nazar tersebut.

Kedua-dua jenis nazar iaitu yang kedua dan ketiga dinamakan nazar kebajikan. Ini adalah kerana kerana orang yang bernazar dituntut menunaikannya sebagai 'ibadat mendampingi Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment