Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah
terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik
musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya
atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang
tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu
seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan
menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya
600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas
hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja
maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana
setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga
ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar
menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang
paling tinggi."
Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah:
"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)
Kita sebagai hamba-Nya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan
dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar
taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala
tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment