Thursday, August 26, 2010

Menangis Di Jalan Allah


Maksud 'berlinangan air mata' ialah mungkin seseorang mengingati maksiat dan dosa2 yang lampau, lalu secara sengaja atau tidak, dia menangis hingga berlinangan air matanya.

Seorang wali Allah berkata: "........apabila semasa berdoa, berdiri bulu roma, hati jadi berdebar, dan air mata berlinangan...maka doa itu akan diterima".

Seorang yang mengingati Allah dengan bersunyi diri itu memiliki 2 sifat yang hebat sekali.. Yang pertama IKHLAS ( ruh segala amalan ), yang kedua TAQWA ( perasaan takut pada Allah atau rasa terharu kerana cinta kepada Allah) sehingga berlinangan air matanya. Kedua-dua sifat ini adalah kelebihan yang sempurna.

Seorang penyair Urdu berkata: " Tugas kami ialah menangis mengingati kekasih pada waktu malam, tidur kami adalah mengingati Mu"

Menangis kerana mengingati Allah atau takut kepada Nya merupakan satu kurniaan yang sangat besar daripada Allah sendiri. Berbahagialah orang yang mempuyai nikmat ini.

Riwayat hadith menyatakan : "Sesiapa menangis kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan masuk ke dalam neraka sehingga susu masuk kembali ke dalam puting". Mustahil sekali untuk susu kembali kedalam puting. Inilah kelebihan orang yg menangis kerana Allah. Hatinya sayu apabila berzikir mengingati Allah.

Riwayat hadith menyatakan juga bahawa: " Sesiapa menangis kerana takut kepada Allah walupun sedikit daripada air matanya menitis ke tanah, maka dia tidak akan diazab pada hari Qiyamat".

Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadith bahawa: "Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".

Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa : " Api neraka diharamkan atas mata yang mengangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak memandang sesuatu yang diharamkan (seperti memandang wanita yang bukan mahram dll) dan mata yang telah cedera di jalan Allah".

Orang yang bersendiriaan mengingati Allah adalah seperti orang yang berjihad menentang orang2 kafir di jalan Allah seorang diri.

p/s: Hadith diatas, kalau bukan perkataan yang asal, insyaAllah ianya adalah mafhum hadith tersebut.

Betul lah...kalau sekali kita dapat doa sampai air mata mengalir, terasa sungguh nikmat. Bukan nikmat macam nangis tengok cite Hindustan ke, korea jepun cina ke....lain... (contoh je)

Air yang paling berharga disisi Allah ialah air mata yang mengalir kerana menyesal atas dosa2 dan takut kepadaNya...

No comments:

Post a Comment